• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budiman Reda Terus Bekerja Hingga Habis Penggal

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMNO mempunyai mekanisme tersendiri dalam pemilihan calon bagi kerusi Parlimen Sungai Besar, termasuk jika ia membabitkan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, berkata beliau menyerahkan soal siapa yang akan menjadi calon di kawasan parlimen itu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya difahamkan mereka ada mekanisma tersendiri dalam memilih calon. Namun, saya akan terus menjalankan amanah dan kerja sebagai ahli parlimen sehingga habis penggal,” katanya dipetik BH Online.

Sebelum ini Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, mengumumkan kesediaan beliau memberi laluan ‘permaidani merah’ kepada Shahrizat untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar pada pilihan raya akan datang.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2016, Budiman memperoleh 16,800 undi dengan undi majoriti sebanyak 9,191, mengalahkan dua calon lawan iaitu Parti Amanah Negara (PAN), Azhar Abdul Shukur (7,609) dan calon PAS, Dr. Abdul Rani Osman (6,902).

PRK Sungai Besar itu dijalankan pada 18 Jun berikutan kekosongan kerusi selepas penyandangnya Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon maut dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei tahun sama.

Budiman sebelum ini juga diumum mencatatkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tertinggi dalam kalangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Selangor berikutan kerja keras ditunjukkan dalam usaha merampas semula negeri ini daripada pembangkang.

Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, semalam turut menyatakan pihaknya menyerahkan sepenuhnya soal calon yang bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 kepada kepemimpinan tertinggi parti.

Beliau juga tidak mengetahui siapa calon yang bakal diketengahkan bagi menghadapi PRU-14, meskipun terdapat UMNO Bahagian yang menamakan calon tertentu.

Namun, beliau dilaporkan berkata, UMNO Bahagian hanya boleh mencadangkan nama sahaja, manakala keputusan muktamad terletak sepenuhnya pada kepemimpinan tertinggi parti. – MYNEWSHUB.CC/Agenda Daily

Tags: Barisan NasionalBudiman Mohd Zohdi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd