• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pihak Pengaruhi Jabatan Peguam Negara

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara menafikan tohmahan yang disebarkan kononnya jabatan itu bertindak mengikut arahan dan pengaruh pihak luar.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan media menegaskan sebarang tindakan diambil oleh Peguam Negara adalah berasaskan lunas undang-undang.

“Jabatan ini ingin menegaskan bahawa apa-apa tindakan yang diambil oleh Peguam Negara selaku penasihat undang-undang utama Kerajaan Persekutuan serta pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara dibuat mengikut pertimbangan.

“Pertimbangan itu adalah yang bebas, telus dan teliti mengikut lunas undang-undang dan kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pegawai di Jabatan Peguam Negara adalah anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan dan berdasarkan Perkara 138 Perlembagaan Persekutuan.

Jelas kenyataan itu, ia bermakna Jabatan Peguam Negara tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP).

Justeur, hal-hal seperti pelantikan dan kenaikan pangkat pegawai undang-undang adalah di bawah kuasa SPKP yang menjalankan fungsinya dengan telus dan bebas, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Jabatan Peguam Negara memandang serius kenyataan yang mempertikai integriti jabatan ini selaku sebuah institusi perundangan negara yang sentiasa mendukung prinsip kedaulatan undang-undang dan bertekad menegakkan keadilan,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: jabatan peguam negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

03/06/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri,...

11 Alasan Mengapa Ahmad Zahid DNAA – Hujah Jabatan Peguam Negara

11 Alasan Mengapa Ahmad Zahid DNAA – Hujah Jabatan Peguam Negara

04/09/2023
0

Kuala Lumpur: Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memberi hujah 11 alasan mengapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd