• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Maut, 5 Parah Kenderaan Terjunam Ke Dalam Gaung

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala lima lagi cedera selepas sebuah kenderaan penumpang terjunam ke dalam sebuah gaung di negeri Uttarakhand yang terletak di utara India pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Nahas itu berlaku di daerah Uttarkashi yang berbukit, lebih 150 kilometer dari ibu negeri Dehradun, menurut polis tempatan.

“Pemandu hilang kawalan terhadap kenderaan itu yang dipandu laju ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain, yang menyebabkan nahas berlaku. Ketika lima mayat mangsa dikeluarkankan dari gaung berkenaan, lima lagi mangsa yang cedera parah telah dimasukkan ke sebuah hospital tempatan,” kata seorang pegawai kanan polis.

Kenderaan malang itu dalam perjalanan ke Lambgaon dari Uttarkashi.

Satu siasatan telah diarah dijalankan berhubung nahas itu, kata pegawai tersebut, yang menambah bahawa pemandu kenderaan terbabit sebelum ini pernah disaman kerana memandu secara melulu dan cuai.

India mencatat antara jumlah kemalangan jalan raya maut tertinggi di dunia.

Kebanyakan nahas berlaku disebabkan gaya pemanduan yang buruk atau keadaan jalan raya serta kenderaan yang teruk. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd