• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Klang Tahan 3 Awak-Awak Indonesia

oleh Ahmad Albab
18/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan milik warga tempatan selepas dikesan menggajikan awak-awak Indonesia tanpa kebenaran di kawasan perairan Hidro Kapar, Klang, dekat sini, pagi semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Klang, Kapten Mohd Aliyas Hamdan berkata bot pukat hanyut kelas A itu ditahan kapal peronda APMM pada 11 pagi, selepas dikesan berada dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan 2.7 batu nautika di perairan terbabit.

“Apabila diperiksa didapati bot tersebut disyaki menggunakan tiga awak-awak warganegara asing tanpa kebenaran dan mereka juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua awak-awak berumur antara 22 dan 42 tahun itu kini ditahan untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Aliyas berkata pihaknya percaya pengusaha bot nelayan tempatan kini lebih gemar menggaji warga asing berikutan gaji mereka lebih rendah berbanding mengupah rakyat tempatan.

Berikutan itu, APMM akan mempertingkatkan lagi pemantauan dan rondaan bagi membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut.

Katanya, orang ramai boleh membantu menyalurkan maklumat kepada APMM menerusi talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Klang. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd