• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Johor Rampas Rokok, Arak Bernilai RM2.5 Juta

oleh Ahmad Albab
12/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan usaha sekumpulan individu cuba menyeludup masuk rokok dan arak pelbagai jenama bernilai kira-kira RM2.5 juta dalam satu operasi berhampiran Tanjung Piai, Pontian, Sabtu lalu.

Pengarah Wilayah Maritim Selatan Datuk Abu Bakar Idris berkata rampasan itu adalah yang terbesar APMM Johor setakat ini untuk tahun ini.

Bot membawa barang terbabit dikesan bersauh kira-kira 1.9 batu nautika dari Tanjung Piai oleh sepasukan anggota APMM yang melakukan rondaan di perairan berkenaan dan pemeriksaan ke atas bot menemukan 916,500 bungkus rokok putih dan 3,048 botol arak pelbagai jenama yang ditutup menggunakan kanvas.

“Kita kemudian bertindak menahan sembilan kru termasuk tekong bot yang berusia antara 25 dan 53 tahun. Kesemua mereka memiliki pasport Indonesia namun semasa pemeriksaan tekong bot gagal mengemukakan dokumen kastam yang diperlukan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata penyeludup juga menggunakan helah mengibarkan bendera Singapura pada bot mereka bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kita akan terus mempertingkat rondaan di perairan Johor bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan perlakuan jenayah dari berleluasa,” katanya.

Kes disiasat menurut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang belum lulus kastam yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Mengulas perkembangan lain, Abu Bakar APMM akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-13 pada 15 Feb ini bertemakan ‘Warga Cemerlang Maritim Gemilang’.

“Sehubungan itu, Maritim Malaysia akan mengadakan Hari Terbuka Kapal Maritim di jeti APMM, Sungai Pulai pada 25 Feb (Ahad) dan menjemput orang ramai untuk hadir pada program ini yang akan bermula pada 9 pagi,” katanya.

Menurutnya, pelbagai aktiviti akan diadakan seperti lawatan ke kapal APMM, pameran kerjaya dan program derma darah. – BERNAMA

Tags: APMMarakRokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd