• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mungkin Dia Salah Dengar RM23” – Pengusaha

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGUSAHA sebuah restoran asam pedas di Bukit Katil, Melaka, menafikan pihaknya menggenakan caj sehingga RM23 bagi sepinggan sayur seperti yang ditularkan oleh seorang wanita di media sosial baru-baru ini.

Lapor Harian Metro, Hamdan Abd Hamid, 39, berkata, pelanggan terbabit mungkin salah faham kerana dakwaan harga tinggi bagi sepinggan kubis berkenaan adalah tidak benar.

“Sayur (kubis) yang diambil hanya dikira RM2.30, mungkin dia salah dengar RM23 itu adalah untuk kobis goreng. Mana boleh sayur, nasi dan telur masin dikenakan harga sebegitu.

“Asam pedas untuk bahagian ekor kebiasaan antara RM25 hingga RM28, ikan jenahak atau merah sedia maklum mahal dan kepala pula RM40, jadi apa yang dibayar adalah jumlah yang betul,” katanya yang turut mengakui terkejut apabila mengetahui premisnya menjadi tular di laman sosial.

Kaitan: “Bapak Mahal! Mentang-Mentang Pernah Masuk TV”

Insiden itu menjadi bualan hangat netizen apabila status dan video berdurasi 14 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebook pada Rabu lalu mendapat pelbagai reaksi, termasuk ada yang mengecam pemilik kedai makan berkenaan.

Individu terbabit meluahkan rasa kesal apabila dia dan rakannya berkunjung ke negeri ini dan singgah makan tengah hari di kedai asam pedas berkenaan lalu dikenakan caj dianggap mahal sehingga RM120 untuk empat orang.

Menurutnya, dia bersama empat rakannya mengambil lauk asam pedas secara berasingan, masing-masing tiga bahagian ekor, kepala ikan yang dibelah dua, sayur kobis serta tiga pinggan nasi dan air. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kedai makanmahal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

Ramai Pemilik 4×4 Mahu Lepaskan Kenderaan?

Ramai Pemilik 4×4 Mahu Lepaskan Kenderaan?

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Kenaikan mendadak harga diesel didakwa memberi kesan besar kepada pemilik kenderaan pacuan empat roda (4x4) apabila ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd