• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Siasat 76 Kes Sebar Berita, Maklumat Palsu

oleh Ahmad Albab
13/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat 76 kes penyebaran berita dan maklumat palsu pada tahun ini.

Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian Pemantauan Media Baru, Pematuhan dan Advokasi SKMM Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata lima kes telah dihadapkan ke mahkamah.

Katanya tindakan penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi dalam mengekang isu ini.

“Kerjasama daripada pengguna amat penting dan merupakan faktor utama menangani isu ini,” katanya pada Program Eksplorasi Klik Dengan Bijak anjuran SKMM Unikop yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata penyebaran pantas berita palsu dalam talian ini merupakan satu daripada masalah kritikal global yang telah diperakui oleh World Economic Forum dalam satu kajian yang telah dijalankan pada 2014.

Katanya pihak kerajaan turut memandang serius isu ini kerana penyebaran berita dan maklumat palsu mahupun fitnah termasuklah kebocoran maklumat rahsia kerajaan dilihat mampu menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Justeru, katanya, apa yang diperlukan adalah kesemua pengguna internet mengambil tanggungjawab melengkapkan diri dengan kebolehan mengakses, menganalisis dan menilai setiap kandungan maklumat yang dilayari atau diterima.

Menurutnya menerusi kemahiran ini, semua pengguna akan terdorong mempersoal kesahihan setiap maklumat, siapa penulisnya dan niat disebaliknya dan seterusnya menjadi pengguna yang pro-aktif.

Katanya, usaha lain diambil SKMM adalah mewujudkan portal sebenarnya.my yang telah dilancarkan pada Mac tahun lepas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau berkata portal ini berperanan sebagai sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia menyemak maklumat mengenai berita-berita tular yang tidak ditentusahkan yang diterima secara dalam talian.

Sementara itu, Fadhlullah Suhaimi berkata program Eksplorasi Klik Dengan Bijak: Kesejahteraan Siber Menerusi Pendidikan menjadi platform bagi pihak SKMM dan rakan-rakan strategik meningkatkan kesedaran literasi media.

Katanya ia adalah alternatif terbaik kepada sekatan kandungan oleh pihak kerajaan.

Beliau berkata diharapkan menerusi program Klik Dengan Bijak ini, pelajar dan ibu bapa akan memperlengkapkan diri dengan kemahiran kawal selia kendiri dan menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab. – BERNAMA

Tags: berita palsuSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd