• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Sosial Gagal Beza Kebebasan Bersuara

oleh Ahmad Albab
12/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Media sosial kini disalahgunakan untuk menyebar fitnah dan hasutan, sehingga menyentuh isu-isu sensitif seperti perkauman, keagamaan dan mencabar institusi raja-raja, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata ia disebabkan tindakan segelintir pengguna media sosial kadangkala tidak dapat membezakan antara hak kebebasan bersuara dengan prinsip demokrasi serta antara nyata dan benar, sehinggakan tindakan mereka mampu menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya penggunaan teknologi komunikasi dan multimedia yang efektif memudahkan untuk melakukan tugas seharian, berkomunikasi, berniaga, mendapatkan khidmat perubatan, serta menimba ilmu pengetahuan secara dalam talian.

“Pun begitu, kemudahan sebegini datang dengan cabaran dan ancamannya tersendiri.

“Selain daripada mudah terdedah kepada budaya-budaya dan unsur-unsur yang negatif, ianya turut meletakkan kita dalam situasi yang membuka ruang dan peluang untuk kita menjadi mangsa kepada pelbagai bentuk jenayah dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Eksplorasi Klik Dengan Bijak anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kolej Unikop yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di sini, hari ini.

Justeru, Mohamad Fuzi berkata pelbagai inisiatif perlu dirangka dan dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tentang batasan undang-undang yang perlu mereka hormati dalam menggunakan hak mereka di media sosial.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran program eksplorasi ini bertepatan sekali sebagai satu medium untuk melibatkan masyarakat secara langsung dalam mengimarahkan usaha pencegahan jenayah.

Katanya menerusi program itu juga, Kolej Unikop yang merupakan anak syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia telah mewujudkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UNIKOP4SCHOOL untuk membantu pendidikan anak-anak melalui program pembelajaran dalam talian.

“Saya menyokong penuh usaha ini, kerana di samping kita menitikberatkan keselamatan penggunaan Internet, kita juga dapat menambah nilai modal insan dalam kalangan anak-anak kita semua,” katanya.

Menurutnya program Hometutor di bawah program CSR UNIKOP4SCHOOL ini telah pun dilaksanakan di sebilangan besar sekolah sejak tahun 2016 dan sehingga kini, sebanyak enam sekolah rintis telah menggunakan aplikasi Hometutor manakala 31 sekolah lagi telah terpilih untuk menjalankan program ini.

Ianya melibatkan seramai 10,000 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terpilih dan inisiatif ini akan dilaksanakan di bawah UNIKOP4SCHOOL.

Katanya Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, secara rasminya telah dipilih sebagai IPK pertama menerima bantuan e-pembelajaran untuk anak-anak pegawai dan anggota pada 27 Nov tahun lepas.

Sementara itu, sempena program eksplorasi ini, seramai 400 pelajar di negeri ini akan menerima ID Hometutor masing-masing hasil daripada dana terkumpul berjumlah RM136,000 yang disumbangkan oleh Yayasan Tun Ahmad Shah, Globaltec Formation Berhad, Syarikat Berkat Harapan, KOP Mantap Berhad dan EiPT Sdn Bhd. – BERNAMA

Tags: media sosialTan Sri Mohamad Fuzi Harun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ibu bapa mewajibkan anak-anak membaca buku setiap hari bagi memupuk...

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd