• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Singapura Bincang Syor Pusat Kastam Tunggal

oleh Ahmad Albab
11/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Malaysia akan mengadakan perbincangan secara terperinci dengan kerajaan Singapura berhubung cadangan memperkenalkan pusat pemeriksaan tunggal di Tambak Johor, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean bagi membincangkan secara terperinci cadangan pusat pemeriksaan tunggal Kastam dan Imigresen itu.

“Mereka (Singapura) perlu membentuk badan bertindak seperti dilakukan Malaysia … saya belum bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura (Teo) kerana beliau adalah dalam kedudukan yang sama seperti saya dan kita akan bincangkan secara terperinci mengenai perkara itu.

“Mungkin soal tafsiran yang berbeza dan ini perlukan artikulasi daripada kedua-dua belah pihak antara Malaysia dan Singapura,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan projek membina semula jalan persekutuaan Yong Peng-Segamat di Tenang di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Chua Tee Yong yang juga anggota Parlimen Labis.

Semalam, media melaporkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura menolak cadangan bagi memperkenalkan pusat pemeriksaan imigresen dan kastam tunggal di Tambak Johor.

Ahmad Zahid berkata sekiranya cadangan itu dapat dilaksanakan, pusat pemeriksaan tunggal itu memainkan peranan yang penting dalam melancarkan aliran trafik dan mengatasi masalah kesesakan di Tambak Johor.

Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia harus menghormati aspek-aspek keselamatan yang dikhuatirkan Singapura, namun tidak melihat sebarang masalah untuk cadangan itu dilaksanakan.

“Kita tahu bahawa terdapat kesesakan di Tambak Johor dan saya telah berbincang dengan Menteri Besar Johor untuk kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk sama-sama menangani isu tersebut,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau sendiri telah mempengerusikan badan bertindak bagi menangani kesesakan di Tambak Johor dan dijangka RM100 juta dibelanjakan untuk menaik taraf laluan sedia ada bagi mengatasi masalah itu.

“Pada dasarnya, kita telah bersetuju kos ini dikongsi bersama 50 peratus oleh kerajaan negeri dan 50 peratus oleh kerajaan pusat,” katanya. – BERNAMA

Tags: MalaysiaSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd