• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Baik, Mangsa Banjir Di PPS Semakin Kurang

oleh Ahmad Albab
11/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak terus berkurangan dengan ketara apabila jumlahnya hingga tengah hari ini berkurangan sekitar 536 orang berbanding 1,012 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata tiga PPS yang masih dibuka hingga kini terdiri ialah Dewan SJK (C ) Tong Ah di Sibu, Dewan Suarah Mukah di Mukah dan Dewan Sukan Tatau di Bintulu.

Menurutnya PPS di Sibu yang dibuka sejak 6 Feb lepas kini menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga, manakala PPS di Mukah yang dibuka sejak tiga hari lepas ketika ini menempatkan 28 mangsa daripada 11 keluarga.

“PPS di bahagian Bintulu yang juga dibuka sejak 6 Feb lepas pula menempatkan 498 mangsa daripada 116 keluarga,” menurut kenyataan itu.

Ramai mangsa telah dibenarkan balik ke rumah masing-masing sejak awal pagi ini apabila paras air mulai surut secara perlahan dan cuaca baik di serata tempat hari ini dijangka akan mengurangkan lagi jumlah mangsa di PPS petang ini. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd