PASTI ramai yang sudah tidak sabar-sabar menanti Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) yang akan disiarkan secara langsung di TV3, jam 9 malam ini (18 Januari).
Bertemakan Gema Dalam Muzik, AJL29 terus menjadi landasan untuk para komposer, penulis lirik serta penyanyi mempersembahkan lagu terbaik ciptaan mereka khas buat peminat muzik tempatan.
Malam ini, 12 finalis yang bakal berentap terdiri daripada:
1. Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)
2. Romancinta (Mojo)
3. Gadis Jolobu (Datuk Hattan dan Waris)
4. Lelaki (Yuna)
5. Percayalah (Indah Ruhaila)
6. Gilalah (Stacy)
7. Sesal Separuh Nyawa (Alyah)
8. Rentak Laguku (Bunkface dan Amy Search)
9. Matahari (Hafiz Suip)
10.Apa Khabar (Joe Flizzow dan Sonaone)
11.Malaikat (Hazama The Penglipurlara)
12.Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
Menerusi laman web rasmi AJL29, ramalan pemenang melalui undian menyaksikan lagu Gilalah menjadi pilihan tertinggi peminat dengan undian 24 peratus, diikuti Separuh Nyawa dengan 20 peratus.
Lagu Matahari dan Di Pintu Syurga berkongsi undian ketiga tertinggi iaitu sebanyak 12 peratus.
Apapun, itu hanyalah ramalan semata-mata kerana pemenangnya akan ditentukan oleh pihak juri profesional.
Jika tahun lalu, lagu Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip) hasil ciptaan komposer dan penulis lirik, LY dan Baiduri menjadi juara, agak-agaknya tahun ini siapa pula ya?
Sama-sama kita tunggu…! -MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA
