• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Felda: “Rafizi Penghasut Bersiri” – Shahrir

oleh
11/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad melabel Rafizi Ramli sebagai penghasut bersiri apabila mendakwa beliau terlibat dalam isu pindah milik tanah milik agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Menurutnya sebagai merujuk tohmahan jahat Naib Presiden PKR itu, perjanjian jual beli tanah tersebut berlaku pada November 2016 sedangkan beliau hanya mula memegang jawatan sebagai pengerusi pada Januari tahun lalu.

“Ya betul transaksi itu berlaku pada Mac tahun lalu ketika saya sudah memegang jawatan, namun perjanjian jual beli tanah pada November 2016. Pendaftaran hanyalah proses terakhir dalam soal pindah milik tanah berkenaan.

“Kita tidak boleh cakap apabila berlaku Mac, saya pun mesti tahu dan terlibat sama. Kalau tidak ada jual beli maka tiada proses pindah milik. Jadi, Rafizi cakapkan ini hanyalah tabiat dia menjadi penghasut bersiri,” kata Shahrir.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Jauhar Prihatin peringkat Parlimen Johor Bahru dan Majlis Pecah Tanah Sekolah Agama Kerajaan Johor Kampung Bakar Batu.

Shahriri turut merasmikan Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan Anak Sungai Tebrau. Mengulas lanjut beliau  berkata bahawa pihak Felda mengetahui mengenai perjanjian tersebut hanya pada akhir Januari tahun lalu.

Agensi kemudian bertindak pantas dengan membuat pemohonan meletakkan perintah kaveat bagi penjagaan kepentingan Felda pada Februari, namun tidak dibenarkan pula oleh Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan.

Dalam isu sama Felda ujar Shahrir akan meneruskan tindakan disiplin dalaman dan undang-undang terhadap Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan pegawai, yang dinamakan dalam audit forensik ke atas projek di tanah itu.

Meskipun ada yang mendakwa tidak terbabit dalam transaksi pemindahan hak milik tanah untuk projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), tindakan boleh diambil Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan kelmarin.

Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang mewujudkan jawatankuasa itu bahkan akan merujuk segala syor membabitkan Felda dan Felda Investment Corporation (FIC) yang dikeluarkan dalam laporan audit forensik.

“Soal beliau (bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad) terbabit atau tidak, terpulang pada jawatankuasa ini. Segala penemuan akan dikaji untuk tindakan selanjutnya terhadap mereka yang disebut sebagai pihak bertanggungjawab.

“Sama ada tindakan undang-undang atau disiplin dalaman, bergantung pada penelitian terhadap laporan akhir berkenaan,” katanya. Turut hadir ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Amran A Rahman.

Shahrir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Isa, yang mendakwa dirinya sudah tiada lagi kena mengena dengan pihak Felda ekoran isu kontroversi tanah terbabit. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FeldaRafizi RamliShahrir Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd