• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samseng ‘Geng 360’ Tumpas, Aset RM6.5 Juta Disita

oleh Ahmad Albab
11/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis Johor menumpaskan kumpulan kongsi gelap ‘Geng 360’ selepas menahan 35 anggota kumpulan itu dalam operasi besar-besaran di seluruh negara pada Disember tahun lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata operasi itu dijalankan susulan kejadian bunuh di Stesen Minyak Shell Taman Pelangi pada 17 Disember 2017.

“Kes pembunuhan tersebut telah selesai dan ketika siasatan dijalankan kita telahmembongkar rangkaian kumpulan ini. Kesemua suspek yang ditahan merupakan lelaki warga tempatan berumur antara 20 dan 69 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati kumpulan ini sudah aktif 20 tahun dan menjalankan kegiatan dadah, kekerasan dan penyeludupan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Beliau berkata Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman juga membeku dan menyita harta milik anggota kumpulan bernilai RM6.5 juta meliputi tujuh kenderaan mewah, empat hartanah, 73 akaun bank pelbagai institusi kewangan, enam utas jam tangan berjenama dan wang tunai pelbagai mata wang.

Mohd Khalil berkata kumpulan itu juga didapati ‘berkait rapat’ dengan kes pembunuhan kejam itu dan hingga kini, pihaknya telah mengenal pasti lebih 100 anggota kumpulan itu yang masih sedang diburu.

“Kita telah menahan 35 anggota senior dan rekrut baharu kumpulan ini. Saki-baki daripadanya yang masih diburu dipercayai telah melarikan diri ke negeri lain dan luar negara.

“Hasil siasatan juga mendapati mereka bergiat aktif dalam merekrut anggota baharu ke dalam kumpulan mereka bagi memperluaskan pengaruh dan kuasa dengan tujuan mendapatkan faedah material kumpulan,” jelasnya.

Kesemua suspek ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan akan dihadapkan ke Mahkamah Johor Bahru pada 11 Februari 2018 (Ahad) dan dituduh mengikut Seksyen 130 V Kanun Keseksaan dan Seksyen 130 W Kanun Keseksaan, atas kesalahan menjadi anggota dan membantu kumpulan jenayah terancang.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktivit Haram (AMLATFPUAA) 2001. – BERNAMA

Tags: Geng 360Kongsi Gelap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

15/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd