• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empiang Ingatkan Wanita PBB Saling Membantu

oleh AK-47
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Tan Sri Empaing Jabu mengingatkan anggota pergerakan itu agar saling membantu tanpa mengira sayap Pesaka atau Bumiputera bagi memastikan PBB kekal kukuh.

Empiang berkata hanya dengan cara itu Wanita PBB mampu memainkan peranan sebagai pemimpin masyarakat dengan lebih berkesan.

Pada masa sama, beliau yang melepaskan jawatannya yakin penggantinya Datuk Seri Fatimah Abdullah mampu meningkatkan perpaduan anggota dan mempererat kerjasama dengan kaum bapa dan pemuda PBB.

“Dalam sejarah perjuangan sebagai timbalan ketua wanita selama 23 tahun dan ketua wanita selama 10 tahun, saya amat bersyukur kerana mendapat sokongan padu daripada seluruh anggota dan pemimpin parti,” katanya berucap pada perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita dan Pemuda PBB ke-14, di sini hari ini.

Perhimpunan tersebut dirasmikan Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Empiang, 74 , memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya dan memberi laluan kepada Fatimah untuk mengambil alih tampuk kepimpinan pergerakan berkenaan.

Dalam ucapannya, Empiang turut berharap Wanita PBB akan memberi sokongan padu terhadap usaha kerajaan negeri dalam menggalakkan ekonomi digital serta mempertahankan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Sementara itu, Ketua Pemuda Datuk Seri Fadillah Yusof yang turut melepaskan jawatannya untuk bertanding jawatan naib presiden, menyeru anggota pergerakan itu meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu.

Berilah sokongan padu kepada kepimpinan Abang Johari selaku Ketua Menteri kerana beliau sedang berusaha membawa Sarawak lebih jauh ke depan, katanya. – BERNAMA

Tags: EmpiangPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd