• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelas Bisnes Pesawat A350 MAB Setanding Pesaing

oleh AK-47
11/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAHAGIAN kelas perniagaan pesawat Airbus A350-900 XWB baharu Malaysia Airlines Berhad (MAB) menyediakan tempat duduk lebih luas dan nisbah tandas setanding dengan pesaingnya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izham Ismail.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu mengambil perhatian akan kebimbangan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tentang aduan penumpang berkaitan tempat duduk dalaman dan kurangnya tandas di segmen kelas perniagaan dalam pesawat baharu Airbus A350-900 XWB.

“Bagaimanapun, apa yang paling penting kepada kami adalah pengalaman pelanggan semasa penerbangan dan pelanggan yang menghabiskan 90 peratus daripada masa semasa penerbangan di tempat duduk, bukan di tandas.

“Kami amat berbangga yang tempat duduk itu sendiri setanding dengan pesaing kami seperti Lufthansa, KLM dan British Airways,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis permeteraian perjanjian perkongsian latihan antara Akademi Malaysia Airlines dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di sini, hari ini.

Beliau berkata Malaysia Airlines menyifatkan produknya sebagai ‘premium’ dan bukan ‘mewah’ seperti Emirates Airline dan Qatar Airways.

Akademi Malaysia Airlines merupakan cabang latihan Malaysia Aviation Group (MAG).

Perkongsian itu akan membolehkan akademi tersebut menawarkan 10 kursus lATA pada peringkat permulaan dengan kursus pertama akan bermula pada 26 Februari. – BERNAMA

Tags: Izham IsmailMalaysia Airlines
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd