• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kusangka Tidur Rupanya Mati’ Di China

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Taipei – Hidup dan mati bersama-sama permainan dalam talian mungkin sesuai untuk menggambarkan keadaan seorang lelaki yang ditemui tidak bernyawa di sebuah kafe Internet semalam.

Pemuda berusia 32 tahun itu dilaporkan melayan permainan itu sejak empat hari lalu.

Hanya dikenali dengan nama keluarganya, Hsieh ditemui kaku di atas kerusinya di dalam kafe di bandar Kaohsiung.

Seorang pengunjung kafe itu berkata, dia menyangka Hsieh tertidur kerana kepenatan melayan permainan dalam talian berkenaan.

“Kemudian pekerja kafe menyedari tubuh Hsieh tidak bergerak-gerak.

“Apabila diperiksa, dia didapati sudah tidak bernafas,” katanya.

Hsieh kemudian dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan dia meninggal dunia.

Taipei Times melaporkan, Hsieh mengalami serangan jantung berpunca daripada terlalu lama melayan permainan dalam talian.

Pekerja kafe itu berkata, Hsieh adalah pelanggan tetap di situ dan biasanya menghabiskan masa di premis berkenaan sehingga berhari-hari tanpa rehat.

“Apabila penat, dia tidur di atas kerusi saja,” katanya.

Tidak diketahui apakah permainan yang sedang dihadapinya ketika Hsieh mati, namun pemuda itu dikenali sebagai penggemar permainan perang.

Pada 1 Januari lalu, seorang lelaki berusia 38 tahun ditemui mati di sebuah kafe Internet di New Taipei City selepas melayan permainan dalam talian selama lima hari berturut-turut.

Polis berkata, ketika pihak berkuasa menyiasat dan mengumpul bukti di situ, pengunjung kafe langsung tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing. – AFP

Tags: Chinamaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd