• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undang-Undang Berita Palsu Tidak Seperti ISA

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penggubalan undang-undang baharu bagi mengekang penyebaran berita palsu tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menyekat kebebasan bersuara dan tahanan tanpa bicara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini.

Beliau berkata cadangan penggubalan akta baharu seharusnya disambut baik oleh semua pihak termasuk pembangkang kerana ia dibuat berdasarkan kepada trend semasa dan kesannya yang besar terhadap negara.

Menyatakan rasa terkilannya terhadap dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa undang-undang itu untuk menyekat rakyat daripada mengkritik kerajaan, Azalina berkata: “Ini adalah isu global dan negara luar juga mengambil langkah yang sama untuk membendung isu ini”.

Azalina dalam satu kenyataan hari ini turut menegaskan bahawa penggubalan undang-undang mengekang penyebaran berita palsu itu masih belum muktamad.

Beliau berkata jawatankuasa khas yang ditubuhkan masih lagi mengadakan rundingan dan perbincangan bersama-sama pihak-pihak berkepentingan sebelum diputuskan oleh mesyuarat Kabinet.

“Justeru adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menghakimi usaha murni kerajaan ini kerana proses itu masih lagi berjalan dan kerjasama semua pihak diperlukan untuk menangani isu ini secara berkesan dan komprehensif,” katanya.

Azalina berkata Dr Mahathir sebagai mantan perdana menteri dan juga bekas anggota Parlimen lebih 20 tahun seharusnya melihat usaha tersebut tanpa prasangka buruk kerana ia dibuat dengan niat untuk kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

Beliau berkata sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa kepada berita palsu termasuk Dr Mahathir sendiri.

“Berita palsu juga dilihat sebagai strategi perang baharu yang boleh memusnahkan negara dengan hanya di hujung jari,” katanya. – BERNAMA

Tags: berita palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd