• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Jangan Buat Keputusan Terburu-Buru

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SOOK – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup mengingatkan pengundi di kawasan Parlimen Pensiangan agar tidak mudah percaya dengan dakyah pembangkang dan membuat keputusan terburu-buru pada pilihan raya akan datang.

Beliau turut mengingatkan rakyat di kawasan itu agar tidak terjebak dengan perkara yang boleh menerbitkan perpecahan seperti isu atau politik perkauman.

“Jangan mudah terpedaya dengan hasutan pihak tidak bertanggungjawab, sebaliknya perlu bijak menilai…saya menyeru kepada semua untuk membuat pilihan tepat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) pekebun kecil Parlimen Pensiangan di sini, hari ini.

Seramai 3,649 pekebun kecil dan penoreh getah di kawasan parlimen itu layak menerima BMT RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan.

Beliau berkata bantuan yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah tanda keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) buat pekebun dan penoreh getah yang terjejas pendapatan sepanjang musim tengkujuh.

“Kita semestinya bersyukur dan rasa bertuah dengan pemberian ini,” katanya.

Mengulas mengenai harga getah yang naik turun, Kurup berkata ia dipengaruhi banyak faktor termasuk harga komoditi itu dalam pasaran antarabangsa, kemunculan bahan gantian kepada getah asli seperti getah sintetik serta kadar tukaran mata wang negara berbanding dolar Amerika.

Melihat kepada senario harga getah yang tidak menentu, beliau yang juga Anggota Parlimen Pensiangan mencadangkan supaya Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menggalakkan pekebun kecil menceburi keusahawanan industri hiliran berasaskan getah.

“Banyak produk berasaskan getah boleh dikeluarkan menerusi industri hiliran seperti kraftangan, alat ganti kenderaan dan tiub motosikal yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Joseph Kurup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jauhi Isu Agama & Perkauman Dalam PRU14

04/04/2018
0

PUTRAJAYA - Parti politik dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diingatkan tidak memainkan isu-isu sensitif seperti...

16 Koperasi Rukun Tetangga Bakal Ditubuh Tahun Ini

25/03/2018
0

LANGKAWI - Sebanyak 16 koperasi Rukun Tetangga akan ditubuhkan tahun ini sebagai strategi berterusan untuk melibatkan badan komuniti tersebut dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd