• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompleks Sukan Bernilai RM8 Juta Dibina Di Pasir Puteh

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Sebuah kompleks sukan bernilai RM8 juta akan dibina berhampiran Terusan Semerak, Tok Bali di sini, untuk kemudahan penduduk kawasan Parlimen Pasir Puteh.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kompleks itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan yang mengambil kira keperluan dan pandangan pemimpin tempatan.

Tanpa menyatakan tarikh kompleks itu mula dibina, beliau berkata pembinaan di tapak seluas 6 hektar akan mengambil masa antara 12 dan 18 bulan untuk disiapkan.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas program Townhall bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Kompleks Uthmaniyah, Kampung Pulai Lima di sini, hari ini.

Program itu yang diadakan sempena Fiesta Sehati RTM @ AKOK 25, turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman.

Khairy berkata kompleks itu adalah antara 14 kompleks sukan yang diumumkan pembinaannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018 pada Oktober lalu.

Beliau berkata pembinaan kompleks tersebut berdasarkan permintaan khususnya generasi muda yang menghadapi kekurangan kemudahan sukan dan riadah di Kelantan.

Selain itu, beliau berkata Kelantan tidak pernah menjadi tuan rumah kepada Sukan Malaysia kerana kerajaan Kelantan tidak mengemukakan permohonan untuk menganjurkan sukan dwitahunan itu.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, berkata pihaknya akan berusaha untuk membawa sukan itu ke negeri ini sekiranya Barisan Nasional diberi mandat untuk mentadbir Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata sebuah Universiti Darul Quran akan dipertimbang diwujudkan di Pasir Puteh.

Beliau berkata ini berdasarkan inspirasi penduduk Pasir Puteh yang mahu melahirkan umat yang pakar dalam ilmu al-Quran di samping bidang profesional. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertumbuhan KDNK Negeri Sembilan Hanya 2 Peratus, Bawah Purata Kebangsaan – KJ

Pertumbuhan KDNK Negeri Sembilan Hanya 2 Peratus, Bawah Purata Kebangsaan – KJ

28/07/2026
0

SEREMBAN - Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Sembilan pada tahun 2025...

“Undi Melayu Kita Satukan Sajalah” – KJ Seru  Pilih Calon BN Elak Pecah Undi

“Undi Melayu Kita Satukan Sajalah” – KJ Seru Pilih Calon BN Elak Pecah Undi

03/07/2026
0

PONTIAN - Bekas Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru pengundi Melayu hanya mengundi calon Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd