• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hayati Perjuangan UMNO, BN Demi Negara – PM

oleh
11/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan rakyat supaya sentiasa menghayati perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi memastikan kesinambungan kemajuan negara.

Beliau berkata rakyat perlu bergantung kepada UMNO, parti yang mempunyai kekuatan sendiri, dan bukannya dengan parti yang bergantung dengan parti lain.

“Takkan kita hendak harap parti yang bergantung kepada orang lain. Kita kena letak (harapan) pada parti yang sejati iaitu UMNO.

“Selagi ada UMNO, pembelaan orang Melayu dan kaum lain akan berterusan. Negara kita akan tetap maju ke depan,” katanya semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Pagoh di Felda Maokil di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isteri, Datin Seri Rosni Mansor serta Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Najib yang juga Presiden UMNO menegaskan pemimpin parti itu sememangnya penting tetapi mereka memerlukan sokongan akar umbi untuk turut membantu membawa perubahan dalam negara.

“Saya sedar walaupun saya Perdana Menteri tetapi kalau 3.5 juta ahli UMNO tiada di belakang, saya tidak mungkin boleh jadi pemimpin yang boleh bawa perubahan,” katanya.

Beliau berkata jasa UMNO adalah jauh lebih besar daripada pemimpin kerana ia parti keramat dan bukannya sebarangan parti.

“UMNO institusi politik tanah air. Parti yang paling berjaya, jadi harapan. Inilah yang kita mesti jaga. Bukan kita jaga pemimpin tetapi parti,” katanya.

Najib berkata dua bekas pemimpin UMNO (Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebelum ini pernah mendakwa DAP parti anti-Melayu dan anti-Islam tetapi kini mereka mengkhianati perjuangan UMNO dan BN dengan bersekongkol dengan DAP.

“Ada orang dah lupa, dia (Mahathir) jadi Perdana Menteri selama 22 tahun kerana UMNO di belakang dia, hari ini dia nak musnahkan UMNO, berkawan dengan DAP. Bukan sahaja berkawan, dah tidur dengan DAP,” kata Najib.

“Kerana (mereka) nak capai sesuatu yang tak tercapai, DAP nak gunakan Mahathir, Mahathir nak gunakan Muhyiddin (manakala) DAP hendak gunakan mereka untuk kurangkan undi Melayu.

“Jadi, mereka nak gunakan DAP kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (tidak mampu). Inilah punca tenggelam timbul, kaki sendiri tak boleh berdiri jadi berpautlah pada DAP,” kata Najib.

Dalam pada itu, Najib berkata masyarakat Felda perlu mengingati semangat perjuangan dalam pembangunan tanah rancangan tersebut dan jasa pemimpin terdahulu untuk membangunkannya.

“Felda berubah kerana jasa pemimpin UMNO dan BN,” kata beliau sambil memberitahu bahawa tanah rancangan itu sememangnya sentiasa berada dekat di hatinya. – BERNAMA

Tags: FeldaNajib Tun RazakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd