• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Resepsi Fattah Amin, Fazura 25 Februari Ini

oleh
11/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS tiga bulan mendirikan mahligai bahagia, pasangan sama cantik sama padan, Fattah Amin dan Nur Fazura memilih bulan Februari untuk majlis resepsi mereka.

Memetik laporan BH Online, pasangan hero dan heroin drama rantaian, Hero Seorang Cinderella itu memilih tarikh 25 Februari depan untuk meraikan hari bersejarah mereka.

Malah difahamkan juga majlis berkenaan bakal diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Fattah dan Fazura selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekitar pukul 9.50 malam dengan sekali lafaz pada 27 November lalu.

Pasangan sensasi itu disatukan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Bibit percintaan antara pasangan ini mula timbul apabila kedua-dua selebriti ini bergandingan dalam drama bersiri popular tersebut sehingga tercetusnya fenomena #Fattzura dalam kalangan peminat.

Spekulasi percintaan itu dikuatkan lagi dengan kehadiran pelantun lagu Wanita Terakhir itu pada acara pertunjukan fesyen House of Doll milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas.

Bukan itu sahaja, Fattah turut menghadiahkan  500 kuntuman bunga mawar putih dan merah jambu  ketika sambutan ulang tahun kelahiran Fazura yang ke-34 pada September lalu.

Bahkan tidak hanya berhenti di situ, ketika Fattah dan Fazura mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai status pasangan mula timbul.

Malah terdapat desas-desus mengatakan pasangan ini sebenarnya sudah pun bernikah ketika berada di Makkah.

Bercinta dalam diam, akhirnya Fattah dan Fazura meleraikan segala tanda tanya berhubung spekulasi cinta dengan mengumumkan mereka sudah pun mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Fattah AminfattzurafazuraNetizennetizen bawangNur Fazura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd