• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Di Maldives Semakin Buruk

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK (PBB)- Pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada Majlis Keselamatan (UNSC) badan dunia itu, bahawa situasi di Maldives dijangka lebih buruk selepas pengumuman darurat oleh presidennya.

Amaran itu dibuat dalam mesyuarat khas bagi membincangkan krisis di negara itu susulan arahan Presiden Abdulla Yameen supaya beberapa hakim ditahan, selepas mereka mengeluarkan perintah pembebasan beberapa pemimpin politik pembangkang.

Menurut sumber PBB, Penolong Setiausaha Agung PBB, Miroslav Jenca memberitahu UNSC keadaan di Maldives semakin tegang dan mungkin bertambah buruk, walaupun tiada laporan keganasan berlaku di negara itu.

Mesyuarat itu adalah yang pertama diadakan oleh UNSC sejak krisis itu tercetus pada 1 Februari lalu, namun tiada kenyataan dikeluarkan sebaik sahaja mesyuarat berakhir.

Krisis di Maldives berlaku selepas Mahkamah Agung mengarahkan pembebasan bekas presiden dan pemimpin pembangkang, Mohamed Nasheed serta lapan lagi tahanan politik.

Susulan keputusan mahkamah itu, empat hari kemudian, Abdulla mengumumkan perintah darurat dan mengarahkan pasukan keselamatan menahan ketua hakim. – AFP

Tags: krisis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR: penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dan penggunaan rokok elektronik atau vape berleluasa dalam kalangan belia bukan lagi isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd