• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Hashim Lakar Sejarah Tamatkan Jelajah Asia Tenggara

oleh Ahmad Albab
17/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Selepas 49 hari berkayuh merentasi lima negara, Wan Hashim Wan Mahmood berjaya melakar sejarah menjelajah Asia Tenggara selepas menamatkan kayuhannya sebaik tiba di sini, hari ini.

Wan Hashim, 69, datuk kepada 18 cucu, membuktikan usia bukan penghalang untuk melakukan sesuatu yang hanya dilakukan golongan muda apabila menamatkan kayuhan sejauh lebih 4,000 kilometer itu.

“Saya cabar diri saya untuk melakukan sesuatu yang mustahil buat saya warga emas seperti yang dikatakan orang ramai tetapi hari ini saya telah membuktikan umur bukan penghalang.

“Ini adalah untuk negara sebagai misi buat saya menerangkan pentingnya kita menjaga kesihatan serta sebagai duta kecil tentang negara kita kepada negara luar,” katanya kepada Bernama sebaik tiba di sini.

Beliau kemudiannya disambut Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Kelantan Mohd Aidil Afiza Daud serta Ketua Bahagian Jualan Wilayah Timur Red ONE Network Sdn Bhd Steven Yong.

Turut menyambut Wan Hashim adalah seluruh anggota keluarganya termasuk isteri Faridah Daud, 54, dan ibu Wan Hashim, Hasmah Ahmad, 84.

Wan Hashim yang memulakan kayuhan pada 30 Nov tahun lalu telah merentasi Vietnam, Laos, Thailand, Singapura, Pulau Batam, Indonesia dan akhirnya tiba di sini.

Beliau sebelum ini ditemani rakannya Abdul Khalib Zakaria, 44, namun Abdul Khalib tidak mengikuti Wan Hashim untuk menghabiskan kayuhan dari Perlis ke Kota Baharu.

Menceritakan pengalamannya, Wan Hashim gembira kerana berjaya mempercepatkan kayuhan yang sepatutnya tiba di sini pada penghujung bulan hadapan.

“Ini kerana semasa di luar negara saya telah berkayuh melebihi 140 kilometer sehari yang sepatutnya hanya 60 hingga 70 kilometer sehari,” katanya.

Mohd Aidil Afiza ketika berucap berasa gembira kerana Wan Hashim berjaya menamatkan kayuhan dan mengharumkan nama negara sepanjang kayuhan itu.

Sementara itu, Faridah berkata segala kerinduan akhirnya terubat dengan kepulangan Wan Hashim itu walaupun pada suatu ketika dia menentang hasrat suaminya untuk berkayuh ke luar negara.

Hasmah pula berkata sebagai ibu, setiap hari dirinya berdoa agar anaknya  selamat ketika berkayuh.

Wan Hashim pada April tahun lalu mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Lelaki Tertua Berkayuh Mengelilingi Malaysia selepas berjaya berkayuh secara solo pada Februari sebelum itu.

Selepas ini Wan Hashim bercadang untuk menjelajah United Kingdom yang dijadualkan dalam tempoh dua tahun lagi. – BERNAMA

Tags: basikalRekod
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd