• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Susun Atur Tempat Duduk A350-900 MAB Dikritik

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Malaysia Airlines Bhd. (MAB) telah diarahkan untuk menyelesaikan masalah susun atur tempat duduk dan tandas di kelas perniagaan dalam pesawat Airbus A350-900XWB, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata pihaknya menerima beberapa rungutan dan aduan penumpang mengenai tempat duduk yang tidak selesa dan tandas tidak mencukupi di kelas perniagaan penerbangan itu.

Menurutnya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

“Saya telah mengarahkan MAB untuk mengendalikan aduan ini secepat mungkin agar keselesaan penumpang sentiasa terjamin dan diutamakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Fasa Dua Pusat Beli-Belah Mitsui Outlet Park di sini hari ini.

MAB akan menerima enam pesawat A350-900 itu secara berperingkat menerusi pajakan daripada Air Lease Corp. MAB menerima pesawat pertama Airbus A350-900XWB itu pada 30 November lepas.

Pesawat itu memiliki 286 tempat duduk dengan tiga kelas, yang terdiri daripada empat tempat duduk kelas pertama, 35 tempat duduk kelas perniagaan dan 247 tempat duduk kelas ekonomi.

Liow berkata MAB tidak diberi tempoh masa untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Terpulang kepada mereka untuk menangani isu ini termasuk menjalankan siasatan dalaman berhubung aduan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMABMalaysia Airlines
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd