• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bapak Mahal! Mentang-Mentang Pernah Masuk TV”

oleh AK-47
08/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA zaman sekarang, sudah ibarat menjadi kebiasaan apabila kedai makan meletakkan harga yang tinggi untuk makanan mereka.

Tambah-tambah lagi jika perniagaan mereka sudah mendapat pendedahan di rancangan televisyen.

Walaubagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk mereka mengenakan caj yang tidak masuk akal untuk hidangan lauk yang sedia ada.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsikan pengalaman pahitnya ketika dia dan tiga rakannya berkunjung ke sebuah kedai makan yang agak popular di Bukit Katil, Melaka.

Menurut Sue Idris, dia membuat keputusan untuk menjamu selera di kedai itu memandangkan ia turut disyorkan oleh aplikasi Trip Advisor.

Namun alangkah kecewanya apabila mendapati kedai makanan berkenaan mengenakan caj harga makanan sebanyak RM120 untuk menu makanan yang tidak berbaloi.

“Saya pergi ke Melaka dengan rakan-rakan baru-baru ini. Ada sebuah kedai makan tengah hari yang famous, masuk Trip Advisor, masuk Jalan-Jalan Cari Makan. Mestilah semua orang imagine sedap kan?

“Secara jujurnya, biasa saja asam pedas dia. In fact, di Kuala Lumpur ada asam pedas yang lebih sedap,” tulisnya.

Sebelum itu, Sue menegaskan dia bukan mahu memburuk-burukkan perniagaan orang lain tetapi untuk memberitahu kepada semua agar mereka merancang dengan baik jika datang berkunjung ke negeri bersejarah itu.

“Tujuan saya menulis adalah untuk beritahu semua yang mungkin merancang atau akan datang ke negeri bersejarah itu di masa akan datang. Juga saya tidak galak anda makan di kedai berkenaan.

“Rupa-rupanya orang negeri itu pun blacklist kedai tersebut sebab harganya mencekik darah.

“Al kisahnya kami berempat mengambil lauk asam pedas bahasgian ekor (tak besar mana pun) tiga, kepala ikan (kecil juga dan dibelah dua), sayur kobis kami letak dalam satu pinggan sebelum ambil portion masing-masing, nasi tiga pinggan dan air tiga cawan,” katanya.

Berikut merupakan harga yang dikenakan untuk Sue dan rakan-rakannya:

1. Asam Pedas bahagian ekor (3 ketul) – RM40
2. Kepala Ikan belah dua – RM40
3. Sayur kubis sepingga – RM23

Rakannya yang bayar makanan tersebut nyata terkejut apabila mendapati jumlah keseluruhan makanan mereka berempat adalah sebanyak RM129. Apa yang lebih megejutkan lagi, harga yang dicaj untuk sayur kobis ialah RM23.

Katanya lagi, apabila rakannya meminta penjelasan secara berhemah, pekerja kedai tersebut mengherdiknya dan memberitahu bahawa harga di kedai makannya memang begitu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: asam pedasMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd