• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Oi! Muncul Juara RLIR Buat Kali Kelima

oleh Ahmad Albab
17/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Pasukan ‘Oi! dari Australia merangkul kejuaraan Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) buat kali kelima selepas menyapu bersih kesemua 10 perlumbaan kelas Racing pada edisi ke-13 yang berakhir di sini.

Pada dua perlumbaan terakhir hari ini, pasukan ‘Oi!, yang dikemudi Peter Ahern, mendominasi perlumbaan tersebut untuk melakarkan rekod bersih sepanjang kejohanan dengan mengutip 10 mata penalti.

Atas pencapaian cemerlang tersebut, Ahern membawa pulang trofi cabaran Piala Perdana Menteri 2015, sekali mengulangi pencapaian pada edisi 2003, 2004, 2005 dan 2014.

Tempat kedua menjadi milik pasukan ‘Utarid’ yang mengumpul 21 mata penalti diikuti ‘Zuhrah’ (30) manakala ‘Zuhal’ yang mengutip 41 mata penalti berada di tempat terakhir dalam kalangan empat pasukan yang bersaing dalam kelas Racing tahun ini.

Ahern berkata dia sangat gembira dengan perlumbaan RLIR tahun ini kerana ‘Oi!’ berjaya memulakan perlumbaan pertama pada Selasa lalu dengan baik berikutan keadaan cuaca baik dan angin kencang yang membolehkan mereka belayar tanpa sebarang masalah.

“Ini merupakan regata terbaik bagi kami dalam tempoh setahun ini. Cuaca baik dan angin kencang di Langkawi menjadi faktor utama yang membolehkan ‘Oi!’ memenangi setiap pusingan kerana dalam perlumbaan regata lain keadaan angin tidak menentu.

“Kemenangan ini adalah hasil kerjasama kru dan saya cukup berpuas hati dengan prestasi mereka. Kami akan datang untuk sertai RLIR tahun hadapan dan ingin melakar kemenangan lagi selain memberi saingan hebat kepada kapal-kapal lain yang akan menyertai kategori Racing,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya tiga pesaingnya dari Malaysia memberi saingan hebat sepanjang lima hari perlumbaan dan memang jelas bahawa prestasi mereka meningkat setiap tahun tetapi dengan beberapa kelebihan pasukan ‘Oi!’ mampu untuk berada di hadapan pasukan lain.

Sementara itu, ketua pasukan ‘Utarid’, Ishak Jap, berkata dia memang sudah menjangkakan bahawa pasukannya akan berada di tempat kedua selepas melihat prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pasukan ‘Oi!’ sejak awal perlumbaan.

“Siapa yang tidak mahu bergelar juara tapi saya tetap berpuas hati dengan pencapaian tahun ini. Paling membanggakan apabila melihat semua kru kapal menjalankan tugas masing-masing dengan baik sekali dan menunjukkan peningkatan yang lebih baik berbanding tahun sebelum ini.

“Saya harap tahun depan pasukan ‘Utarid’ akan menebus kekalahan dan dalam tempoh beberapa bulan ini, kita akan mengkaji semula kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan dan akan cuba mencari jalan terbaik untuk meningkatkan prestasi pasukan ‘Utarid’,” katanya.

Sebanyak 40 kapal layar dari seluruh dunia termasuk Malaysia, Great Britain, Australia, Thailand, Singapura, Rusia, Austria, Denmark, China, Hong Kong, Itali, New Zealand dan Jepun bersaing pada RLIR tahun ini.

KEPUTUSAN AKHIR SELEPAS 10 PERLUMBAAN

Racing:
——-
1. Oi! (AUS) – 10 mata penalti

2. Utarid (MAS) – 21

3. Zuhrah (MAS) – 30

4. Zuhal (MAS) – 41

– BERNAMA

Tags: Regatta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Regata Sarawak Letak Sarawak Di Persada Dunia

27/10/2018
0

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin penganjuran Regata Sarawak dapat meletakkan nama Sarawak di...

RLIR: Pasukan ‘Oi!’ Sudah Sah Juara Berbaki 2 Perlumbaan

16/01/2015
0

LANGKAWI - Pasukan 'Oi! dari Australia sudah mengesahkan kejuaraan kelas Racing pada Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) ke-13 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd