Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Perinci Senarai Kesalahan,...

KANGAR - Kerajaan akan memperincikan senarai kesalahan dan jumlah maksimum kompaun membabitkan kesalahan...

Polis Buru Sekumpulan Lelaki...

Kulai : Polis giat mengesan sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai polis dalam cubaan...

Kuyik Makan Banyak Sehari...

IBU kepada Muhammad Zulhazriq Danish Alden, 5, mengakui berasa susah untuk menerima kematian anak...

MAIPs Tubuh Jawatankuasa Khas...

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan menubuhkan...

Regata Sarawak Letak Sarawak Di Persada Dunia

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin penganjuran Regata Sarawak dapat meletakkan nama Sarawak di persada dunia sebagai destinasi pelancongan yang maju dan unik.

Beliau berkata Regata Sarawak sebagai satu sukan air merupakan antara satu ikon bagi Sarawak untuk menarik minat lebih ramai pelancong ke negeri ini.

“Semangat kesukanan dalam kalangan peserta juga amat signifikan sebagai tunjang perpaduan dan keharmonian kaum di Sarawak,” katanya sempana pelancaran rasmi Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival 2018 di Tebingan Sungai Kuching di sini hari ini.

Sejumlah 30 pasukan dari 12 negara, termasuk Switzerland, Jerman, Brunei, Hong Kong, China, Filipina dan Singapura menyertai Regata Sarawak yang ke-146 ini.

Abang Johari berkata Regata Sarawak yang bertema Race for Harmony itu turut relevan dalam usaha menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan etnik in negeri ini.


Regata Sarawak, yang telah mencipta pelbagai nostalgia dan nilai sejarah terutamanya dalam kalangan rakyat Sarawak, adalah aktiviti sukan yang diadakan sejak sekitar 1871.

Ketika itu Sarawak diperintah oleh Rajah Brooke. – BERNAMA

Kategori