• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Reman Ibu Bapa Dera Anak Dilanjutkan 7 Hari

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh reman sepasang suami isteri dilanjutkan tujuh hari lagi, bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak perempuannya, dipercayai akibat didera.

Majistret Siti Khariah Abdul Razak membenarkan perintah sambung reman terhadap pasangan suami isteri itu, yang juga merupakan bapa kandung dan ibu tiri kepada mangsa berusia 9 tahun itu, selepas permohonan dikemukakan pembantu pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Firdaus Abd Razak setelah tempoh reman sejak 2 Feb lepas berakhir hari ini.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang berusia 35 dan 34 tahun itu, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 9.25 pagi tadi dengan memakai baju lokap jingga dan tangan bergari diiringi anggota polis.

Khamis lepas, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya di Lukut.

Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya.

Pemeriksaan ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan lebam dan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti cedera buah pinggang, usus koyak serta tulang rusuk kiri dan kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. – BERNAMA

Tags: ibu-bapareman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd