• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Anggota Polis Terima Rasuah Bulanan Ditahan

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Cawangan Batu Pahat petang tadi kerana dipercayai menerima sebahagian daripada rasuah bulanan.

Ini susulan daripada penahanan seorang anggota polis berpangkat lans koperal semalam, kata sumber.

Kedua-dua anggota polis berkenaan yang bertugas di Balai Polis Pagoh itu ditahan kerana telah menerima sebahagian daripada wang RM700 rasuah bulanan bagi November dan Disember 2017 dan bulan Januari 2018 yang diterima oleh suspek pertama yang ditahan semalam.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek turut menerima wang rasuah tersebut untuk tujuan yang sama iaitu sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan ke atas majikan pengadu yang mengambil pekerja asing tanpa permit kerja (PATI) bekerja di tapak pembinaan sekitar Pekan Pagoh.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 50 tahun dan 28 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat kira-kira jam 4 petang bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Terdahulu, suspek pertama yang ditangkap semalam ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 10 Februari ini kerana disyaki telah menerima wang rasuah RM700 secara bulanan daripada seorang staf kontraktor sejak November 2017 sehingga Januari 2018.

Ia adalah sebagai dorongan tidak mengambil tindakan atas kesalahan mengambil pekerja buruh asing tanpa permit bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan sekitar Pekan Pagoh.

Perintah reman itu telah dikeluarkan oleh Majistret Mohd Syafiq Mustaza di Mahkamah Majistret Batu Pahat.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi malam ini mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd