• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undang-Undang Kekang Berita Palsu Lindungi Rakyat

oleh Ahmad Albab
07/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penggubalan undang-undang mengekang berita palsu bertujuan melindungi kepentingan seluruh rakyat Malaysia, termasuk pembangkang agar tidak menjadi mangsa berita palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata tindakan memperkenalkan undang-undang itu tidak berniat menganiayai mana-mana pihak, terutama pembangkang seperti yang didakwa pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tidak benar dakwaan pembangkang kononnya akta menyekat berita palsu bertujuan menekan pembangkang supaya lebih memanfaatkan kerajaan, sebaliknya pembangkang pun akan dilindungi daripada menjadi mangsa berita palsu.

Kalau kita lihat berita palsu ini…ia bukan sahaja melibatkan orang politik tetapi juga artis, selebriti serta orang biasa pun menjadi mangsa juga.

“Kita hendak menentukan bahawa sebarang perkara berhubung keselamatan negara dan perkara yang boleh menjejaskan hubungan kaum hasil daripada penularan berita palsu ini (tidak berlaku), jadi tindakan undang-undang harus dikuatkuasakan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Laporan ‘Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Kebudayaan dan Kreatif 2018’ di Bursa Malaysia hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana) Izan Satrina Mohd Sallehuddin.

Salleh berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said akan meneliti dan membincangkan semua perkara berbangkit berkaitan undang-undang menyekat berita palsu ini.

“Berita palsu bukan hanya melibatkan kerajaan sahaja. Ia juga membabitkan orang biasa dan juga anggota pembangkang. Namun, ketika ini tiada sebarang perbincangan di peringkat Kabinet,” katanya.

Pada 30 Jan lepas, Azalina mengumumkan bahawa kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baharu untuk membendung berita palsu yang boleh mengancam kestabilan politik, menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Beliau dilaporkan berkata langkah baharu untuk menangani penularan berita palsu perlu diambil supaya orang ramai lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan, menyebarkan dan berkongsi berita tidak sahih serta memastikan keselamatan negara terus dipelihara.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Salleh berkata Cendana kini bekerjasama dengan kementeriannya, bagi pertumbuhan seni dan budaya, yang dipersembahkan di kawasan kurang daripada 500 penonton dan di tempat awam, untuk dikecualikan daripada proses Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

“Ini adalah komitmen kementerian, dan pada masa ini kami sedang dalam perbincangan. Saya yakin akan ada berita tambahan baharu yang baik bagi sektor ini, sebaik ia menjadi kukuh.” – BERNAMA

Tags: berita palsuDatuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd