• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Sedia Pecat Penghulu Anti-PAS

oleh
07/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBARAT menjadi hulubalang, penghulu yang dilantik perlu berkhidmat untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan dan bukannya membuat onar untuk menjatuhkan parti tersebut pula.

Peringatan tegas itu disuarakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sambil berkata, pihaknya tidak teragak-agak memecat penghulu yang melakukan sesuatu bertentangan dengan dasar kerajaan negeri.

Beliau seterusnya memberi amwaran bahawa mana-mana penghulu yang berasa tidak puas hati dengan pihak kerajaan Kelantan dan kemudian bertindak menyokong pihak lain seperti PAN perlulah segera meletak jawatan.

“Kita bukan hendak suruh ‘bergocoh’ tapi penghulu itu perlu mempertahankan pihak kerajaan negeri dengan apa cara sekalipun di samping berbekalkan ilmu dan maklumat semasa.

“Siapa ‘beronar’ maka siaplah, dalam sejarah saya sendiri memang terkenal sebagai tukang pecat orang dan sedia pecat orang tertentu yang memang jelas tidak boleh pakai kerja.

“Ini bukan amaran tapi kita perlu faham tujuan kita, jangan khianati amanah yang diberikan tetapi hendaklah bekerja memastikan dasar kerajaan berjaya,” kata Mohd. Amar lagi.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PAS menyatakan demikian semasa berucap pada Majlis Pelantikan Penghulu 2018 di Hotel Grandriverview di Kota Bharu hari ini.

Sebanyak 821 penghulu termasuk penghulu wanita, bukan Islam dan Orang Asli mengangkat ikrar secara rasmi pada majlis berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Datuk Mohd Amar Nik AbdullahKelantanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Menyimpang Daripada Kepimpinan Allahyarham Nik Abdul Aziz – DAPSY

PAS Menyimpang Daripada Kepimpinan Allahyarham Nik Abdul Aziz – DAPSY

21/07/2026
0

SEREMBAN - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendakwa PAS telah menyimpang daripada kepimpinan bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz...

PRN Negeri Sembilan: Sah BN 25 Kerusi DUN, PN 11 Kerusi DUN

PRN Negeri Sembilan: Sah BN 25 Kerusi DUN, PN 11 Kerusi DUN

17/07/2026
0

SEREMBAN - Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan calon bagi kesemua 11 baki kerusi yang tidak ditandingi oleh Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd