• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertumbuhan Pesat Malaysia Dijangka Berterusan

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan yang pesat, disokong oleh kepelbagaian dalam ekonominya termasuk inisiatif-inisiatif pembaharuan dan rangka kerja dasar ekonomi makro yang kukuh bagi menangani kejutan luaran, kata Kumpulan Bank Dunia.

Pengarah Kumpulan Prospek Pembangunan Bank Dunia, M. Ayhan Kose, berkata ekonomi Malaysia berprestasi baik dan kadar pertumbuhan sebenar bagi 2017 mungkin akan lebih positif berbanding 2016.

“Berdasarkan perspektif jangka panjang, Malaysia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan dan ini telah mewujudkan hasil-hasil kemanfaatan yang anda (boleh) jangkakan dalam sesebuah ekonomi.

“Ekonomi Malaysia adalah jauh lebih pelbagai pada hari ini daripada 20 tahun lepas, (dengan) institusi-institusi dan rangka dasar makroekonomi yang lebih teguh. Jadi potensi pertumbuhan masih boleh mencecah tahap tertinggi,” katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai ‘Prospek Ekonomi Global’ di sini hari ini.

Bulan lepas, Bank Dunia, dalam laporan Prospek Ekonomi Global, berkata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia dijangka berkembang sebanyak 5.2 peratus tahun ini.

Kose berkata, laporan tersebut juga menekankan pengulangan sejarah kemelesetan ekonomi global, yang mana krisis seperti ini sepatutnya telah mengajar banyak negara bagi menyediakan dasar-dasar yang diperlukan untuk membantu mereka mengharungi kejutan seperti itu.

“Ini bukan bermaksud akan ada satu lagi kemelesetan tidak lama lagi.

“Pada masa yang sama, memandangkan sejarah biasanya berulang, adalah satu idea yang baik untuk bersedia bagi memastikan sistem kewangan yang berdaya tahan dan ruang polisi yang ada digunakan untuk melaksanakan dasar-dasar yang diperlukan bagi merangsang ekonomi jika berlaku krisis,” katanya.

Krisis kewangan global yang melanda pada 2007 – 2008, dianggap krisis kewangan terburuk sejak Zaman Meleset yang pernah berlaku pada 1930-an. Ia menjejaskan banyak negara di seluruh dunia.

Malaysia dan negara-negara Asia Timur telah mengalami krisis kewangan pada 1997. Ia bermula di Thailand apabila nilai baht menjunam selepas kerajaan Thai melepaskan tambatan dengan dolar US.

Negara-negara lain yang terjejas termasuk Korea Selatan, Singapura, Indonesia dan Filipina. – BERNAMA

Tags: bank dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

SMKKJ Jadi Kolej Tingkatan 6 Dipersetujui Tiga Tahun Lalu

Kanak-kanak Malaysia Tidak Cukup Belajar Di Sekolah – Laporan Bank Dunia

29/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan baharu Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd