• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Anggota Sindiket Proses, Edar Ekstasi

oleh Ahmad Albab
07/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan dalang dan enam anggota sindiket dalam operasi di sekitar Lembah Klang, Isnin lalu, selepas disyaki terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar dadah jenis ekstasi.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Kang Chez Chiang berkata dalang sindiket berkenaan, bersama kekasihnya warga Vietnam dan lima lagi rakan mereka termasuk seorang wanita, ditahan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) dalam operasi bermula kira-kira 7.30 malam sehingga 10.15 malam.

Menurutnya, polis juga menemui makmal yang digunakan untuk memproses dadah di sebuah kondominium di Rawang, di sini, serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.5 juta.

Katanya, sindiket yang dianggotai oleh kesemua suspek berumur lingkungan 29 hingga 52 tahun itu

dipercayai telah beroperasi lebih daripada enam bulan mengedar dadah terbabit untuk pasaran di dalam negara dan negara jiran.

“Mereka dipercayai menggunakan pelabuhan-pelabuhan haram untuk seludup dadah ini untuk pasaran luar negara,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini, hari ini.

Polis turut merampas tiga kenderaan jenis Toyota Camry, Ford Ranger dan Audi Q7, seutas jam tangan, wang tunai RM147,000, mata wang Vietnam Dong 840,000 (RM140) selain pelbagai jenis barang kemas dengan nilai sitaan RM563,000, katanya.

Sementara itu, Kang berkata polis turut menahan 16,976 individu terlibat dengan kegiatan dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM18.6 juta bermula Jan sehingga 5 Feb lepas.

“Antara jenis dadah yang dirampas ialah syabu (172.34 kg), ketamin (4.42kg), pil ekstasi (7,147 biji), pil yaba (49,325 biji), pil erimin 5, (28,733 biji), ganja (227.12kg) dan heroin (42.16kg),” katanya.

Dalam perkembangan kes lain, Kang berkata pihaknya masih menunggu dua lagi individu untuk tampil membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari pada 31 Jan lepas.

Katanya, seorang lelaki yang tampil bagi membantu siasatan berhubung laporan itu di Balai Polis Mutiara Damansara semalam, telah ditahan kerana disyaki positif dadah jenis ganja.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Farid Kamil membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga berkelakuan ganas di Balai Polis Kota Damansara bulan lalu. – BERNAMA

Tags: Edar Dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd