• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Melaka Diminta Jayakan Kempen Earth Hour

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Rakyat Melaka diminta bersama-sama memainkan peranan dalam menjayakan kempen menangani pemanasan global ‘Earth Hour’ dengan menutup lampu di rumah mereka selama sejam bermula 8.30 malam pada 24 Mac depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Datuk Ismail Othman berkata kerajaan begitu komited dalam menangani isu pemanasan global dengan melaksanakan pelbagai insiatif dan pendekatan namun semuanya hanya sia-sia sekiranya tidak mendapat sokongan daripada masyarakat.

“Sehubungan itu, saya berharap agar semua pihak bersikap lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam membantu melindungi dan menjaga alam sekitar bermula di kawasan persekitaran mereka.

“Meskipun menutup lampu dalam kempen Earth Hour yang telah dijalankan sejak lebih 10 tahun lalu nampak kecil, namun ia mampu memberi impak yang besar terhadap perubahan iklim,” katanya pada sidang akhbar berhubung program ‘Earth Hour Night Walk’ di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Dasar dan Perubahan Iklim Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Lavanya Rama Iyer dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Hussin. Ismail.

​​​​​​​​​​​​​​Berhubung program ‘Earth Hour Night Walk’ anjuran MBMB dan WWF, Ismail berkata ia dijangka menarik penyertaan 3,000 orang di seluruh negeri sebagai simbolik bagi menyatakan sokongan terhadap kempen Earth Hour.

Beliau berkata program itu yang melibatkan laluan sejauh 2.6 kilometer bermula dan berakhir di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini merupakan inisiatif bagi memupuk semangat cintakan alam semula jadi dan amalan gaya hidup sihat selain menjimatkan tenaga elektrik.

“Mereka yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian menerusi pandashop.my/earthhour2018 dengan yuran pendaftaran RM65.

“1,000 peserta terawal yang mendaftar akan menerima t-shirt dan pingat istimewa yang diperbuat daripada kayu kitar semula. Hasil kutipan tersebut akan disalurkan kepada usaha-usaha pemuliharaan WWF,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Ismail OthmanEarth Hour
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Kaji Guna Insinerator Sesuai Atasi Masalah Sampah

29/11/2017
0

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka sedang mengkaji jenis insinerator yang sesuai digunakan bagi mengatasi masalah sampah di negeri ini. Exco...

RM10 Juta Bangun Pasar Transit Rakyat Melaka

06/11/2017
0

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka telah memperuntukkan kira-kira RM10 juta bagi membangunkan Pasar Transit Melaka di Jalan Fatimah, Bachang di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd