• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS1M Kaum India Catat RM180 Juta Selepas 3 Hari

oleh Ahmad Albab
07/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) untuk masyarakat India menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan apabila jumlah pelaburan yang dicatatkan selepas tiga hari dilancarkan mencecah RM180 juta.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata pihaknya akan menggiatkan lagi kempen dan promosi, selain yakin bahawa sasaran RM1.5 bilion dapat dicapai.

“Kita bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh untuk mencapai sasaran RM1.5 bilion itu tetapi akan melihat perkembangannya dalam masa setahun ini.

“Ini (AS1M) adalah satu pelaburan yang memberikan pulangan yang konsisten dan berisiko rendah. Untuk mereka yang tidak mahu mengambil risiko yang besar, mereka boleh melabur dalam AS1M,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jelajah Pendidikan Masyarakat India 4.0 (MINDER 4.0) di sini, hari ini.

Pengagihan 1.5 bilion unit tambahan AS1M untuk masyarakat India oleh Amanah Saham Nasional Berhad itu dibuka untuk langganan pada 29 Januari lalu.

Ia dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 masyarakat India di negara ini.

Mengulas mengenai MINDER 4.0, Dr. Subramaniam berkata program yang dianjurkan Putera MIC bersama Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan itu menyasarkan lebih 5,000 pelajar pada tahun ini.

Katanya program tersebut penting untuk membantu pelajar berketurunan India Tingkatan Empat dan Lima mengetahui peluang pendidikan awam di Malaysia sekali gus meningkatkan keupayaan mereka untuk membuat pilihan pendidikan yang betul.

“Saya harap pelajar dapat menghadiri program ini dan seterusnya menggunakan ilmu yang diberi untuk membuat permohonan kemasukan ke pusat-pusat pengajian tinggi awam,” katanya.

Mula dijalankan pada 24 Jan 2015, MINDER antara lain juga bertujuan meningkatkan jumlah permohonan masyarakat India B40 ke universiti awam dan sistem pendidikan awam bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka.

“Setakat 2017, lebih 16,000 pelajar telah mendapat manfaat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd