• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Tapak Pelupusan Sampah Di Sikamat Terbakar Lagi

oleh Ahmad Albab
17/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Bekas tapak pelupusan sampah di Kampung Wong Sin Chow, Sikamat dekat sini, terbakar lagi malam tadi.

Sebelum ini, kebakaran di bekas tapak pelupusan sampah itu dilaporkan berlaku pada Mac 2014 mengakibatkan asap tebal dan mengambil masa beberapa hari untuk dipadamkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohd Azlee Mohd Arus berkata kebakaran tersebut dilaporkan berlaku pada 9.49 malam dan merebak pantas ekoran cuaca kering dan berangin, melibatkan kawasan seluas 3.24 hektar.

Katanya, 20 anggota bersama empat jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Sehingga kini kita telah memadamkan kebakaran tersebut dan tumpuan kini memastikan bara di bawah timbunan sampah benar-benar padam sepenuhnya.

“Kita jangkakan operasi ini berlanjutan sehingga dua hari lagi dan semua bergantung pada keadaan cuaca. Keadaan ketika ini bagaimanapun terkawal dan pemantauan dilakukan secara berterusan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata disebabkan ia sukar dipadamkan, pihaknya akan memohon bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang bagi mempercepatkan proses pemadaman serta jumlah anggota akan ditambah dari semasa ke semasa.

Mohd Azlee berkata pihaknya juga meminta kerjasama Majlis Perbandaran Seremban serta Pejabat Daerah dan Tanah Seremban agar turut membantu memadamkan kebakaran itu dengan segera, memandangkan kejadian itu mengakibatkan asap tebal yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.

“Segala usaha pemadaman masih lagi dijalankan termasuk penyiraman air selama 24 jam. Kebakaran mengakibatkan kualiti udara di sekitar bandar Seremban agak terjejas,” katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd