• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut Kemalangan Lori

oleh AK-47
07/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Empat sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Klang – Teluk Intan, di Air Manis, Sabak Bernam dekat sini tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Abd Rahim Abd Ghani, 61, isterinya Siti Fatimah Amat, 55, dan anak mereka Munira Abd. Rahim, 30, maut di tempat kejadian.

Sementara itu, bayi lelaki Aniq Anaqi Mohd Fazzli, anak kepada Munira, meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt. Nor Azmi Isa berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari di kilometer 43 jalan berkenaan, kenderaan jenis Perodua Kancil yang dinaiki keempat-empat mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlaku pelanggaran secara berdepan dengan sebuah lori.

“Mangsa dipercayai dari arah Sabak Bernam menghala ke Sungai Besar manakala lori pula dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

“Pemandu lori pula hanya mengalami kecederaan ringan. Punca kemalangan sedang disiasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Selangor, Alimaddia Bukri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.04 tengah hari dan tujuh anggota dikerahkan ke tempat kejadian

“Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa menggunakan alat pemotong hidrolik berikutan keadaan kereta yang remuk dengan teruk,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd