• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Positif Dadah, Budak 10 Tahun Kembali Pada Ibu

oleh AK-47
07/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR STAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang positif ujian dadah kini kembali di bawah jagaan ibu kandungnya setelah keluar daripada Hospital Sultanah Bahiyah.

Budak itu sebelum ini telah dimasukkan ke dalam wad di hospital tersebut selepas Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) menyelamatkannya, bersama-sama enam lagi adik-beradik tirinya yang lain.

AADK telah berkunjung ke rumah keluarganya di Desa Keda, Kampung Bukit, Pokok Sena, di sini, Khamis lalu.

Ketujuh-tujuh mereka diuji positif dadah.

Kanak-kanak itu pula diuji positif dadah jenis methamphetamine.

Pengarah Jabatan Kebajikan Kedah, Azmi Abd Karim berkata, budak itu berada di bawah jagaan arwah bapanya selepas kedua-dua ibu bapanya bercerai.

“Siasatan kami mendapati wanita itu telahpun berkahwin baru dan kini tinggal di Tandop, di sini.

“Dia telah cuba untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas kanak-kanak itu namun dihalang oleh si bapa,” jelas Azmi lagi.

Tambah Azmi lagi, budak lelaki itu dilaporkan dalam keadaan sihat dan sedang di bawah pemantauan seorang pegawai kebajikan.

Kanak-kanak itu dilaporkan tinggal dengan enam orang abangnya yang berusia antara 16 hingga 30 tahun selepas bapa kandung mereka meninggal dunia, empat tahun lalu.

Mereka bergantung hidup kepada abang sulung mereka yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Bagaimanapun, lelaki itu telah menjadi penagih dadah dan mempengaruhi adik-beradiknya yang lain.

Menurut Azmi lagi, keenam-enam mereka telah dirujuk kepada AADK untuk tindakan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AADK Kedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa, Anak Antara 21 Individu Ditahan AADK Kedah

25/09/2017
0

ALOR SETAR - Seramai 21 individu disyaki penagih dadah termasuk seorang bapa dan anaknya ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd