• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa, Anak Antara 21 Individu Ditahan AADK Kedah

oleh AK-47
25/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 21 individu disyaki penagih dadah termasuk seorang bapa dan anaknya ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah dalam Op Aduan di sekitar Alor Setar dan Pokok Sena, semalam.

Pengarah AADK Kedah, Mahadzir Elias berkata bapa dan anaknya yang masing-masing berumur 52 dan 17 tahun itu telah ditahan di sebuah rumah kampung di sekitar Alor Setar pada pukul 8.30 malam.

Dalam operasi yang bermula pukul 9 malam hingga 9 pagi tadi itu, anggota AADK turut menahan pasangan adik-beradik serta empat individu lain di bawah umur dan tidak bersekolah.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap kesemua individu yang berumur antara 15 hingga 52 tahun itu mendapati 18 daripada mereka positif dadah jenis syabu, marijuana dan opiat manakala tiga lagi dibebaskan selepas hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka bebas daripada dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mahadzir berkata seramai 17 individu akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan ) 1983 manakala seorang lagi yang merupakan Orang Kena Pengawasan (OKP) yang masih menagih dadah akan dituduh kerana melanggar syarat pengawasan yang ditetapkan.

“Semua yang ditahan di bawa ke Pejabat AADK Negeri Kedah di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Anak Bukit untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: AADK Kedahditahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Tanah Punca Kelewatan Projek Tebatan Banjir

Next Post

Sarawak Berkuasa Teliti Pemohon Lesen Laut Dalam

Related Posts

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan individu di Dataran Merdeka yang videonya tular...

Next Post

Sarawak Berkuasa Teliti Pemohon Lesen Laut Dalam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd