• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Pengantin Dipenjara Curi Barangan Syarikat

oleh Ahmad Albab
06/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang bakal pengantin dihukum penjara lima hari dan denda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri beberapa barangan milik majikannya, sebuah syarikat bidaan dalam talian tiga hari lalu.

Majistret Nurshahirah Abd Salim menjatuhi hukuman itu terhadap Ahmad Tajudin Jamil, 24, selepas dia mengaku bersalah mencuri harta antaranya lampu suluh dan telefon bimbit milik Chilindo.com pada 12.05 pagi, 3 Feb lalu.

Lelaki yang bekerja sebagai pembantu gudang di syarikat itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Chilindo.com, Lot 10, Jalan Teknologi, Kota Damansara, di sini mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Sebelum menjatuhi hukuman itu, Nurshahirah menasihati tertuduh yang akan melangsungkan perkahwinan pada Mac depan supaya insaf dan tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

“Awak menyesal dengan perbuatan awak ini? Takkan awak nak mulakan keluarga dengan cara begini?,” kata Majistret itu.

Tertuduh menjawab, “Saya faham Puan, saya menyesal dan saya janji tidak akan buat lagi,” katanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan penjara sebulan lagi, jika gagal membayar denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, lelaki yang tidak diwakili peguam itu merayu hukuman ringan atas alasan dia anak lelaki tunggal selain penanggung utama keluarga.

Mengikut fakta kes, pengadu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat itu telah melakukan pemeriksaan terhadap motosikal pekerja dan telah menjumpai beberapa barangan di dalam kotak di belakang motosikal milik tertuduh sebelum membuat laporan kepada majikannya.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah membawa keluar kesemua barangan itu dari premis Chilindo.com tanpa kebenaran. – BERNAMA

Tags: Kes Curi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

24/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd