• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBT Sabah Digesa Tingkat Kutipan Hasil Tertunggak

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah digesa meningkatkan kutipan hasil tertunggak sekurang-kurangnya 60 peratus dan pada masa sama memastikan kutipan hasil adalah pada tahap 100 peratus.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Hajiji Noor semasa membuat gesaan itu berkata kementeriannya masih belum berpuas hati dengan kutipan hasil secara keseluruhan kerana masih ada PBT tidak mencapai sasaran ditetapkan.

Katanya hanya terdapat tiga PBT mencapai peratusan kutipan hasil sehingga 90 peratus iaitu Majlis Perbandaran Sandakan, Tawau dan Penampang; manakala PBT lain mencapai antara 60 dan 80 peratus.

“Kutipan hasil ini amat penting bagi perbelanjaan operasi PBT selain memberi kebaikan kepada PBT kerana kutipan hasil yang banyak dapat mempertingkatkan lagi perkhidmatan mereka.

“Bagaimanapun, PBT turut menghadapi masalah termasuk pembayar cukai lambat membuat pembayaran meskipun terdapat banyak kaedah dan insentif diberikan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada pegawai kanan dan agensi kementerian di sini, hari ini.

Terdahulu, Hajiji dalam ucapnnya berkata setiap PBT juga perlu mencari inisiatif lain iaitu sumber baharu bagi meningkatkan hasil mereka selain peka terhadap kebersihan di kawasan masing-masing bagi memastikan tiada kawasan menjadi pembawa wabak penyakit.

“PBT juga diingatkan supaya mempermudahkan urusan berkaitan pelesenan, pengeluaran sijil kelayakan menduduki bangunan dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata semua ketua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya perlu memberi perhatian aspek perancangan program pembangunan berimpak tinggi, pelaksanaan yang pantas dan mempunyai nilai untuk wang dalam melaksanakan apa juga projek atau inisiatif pembangunan negeri.

“Ini bagi memastikan golongan sasar menerima impak optimum daripada setiap projek dilaksanakan,” katanya, dan menambah kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM84.15 juta di bawah peruntukan perbekalan manakala RM25.5 juta di bawah peruntukan pembangunan dalam Bajet negeri 2018.

Setiap warga kementerian juga perlu lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan supaya setiap tugasan dapat disiapkan dengan cepat, tepat dan berkesan selain memberi idea-idea baharu bagi memantapkan lagi operasi, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Hajiji NoorPBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara...

Gagal Menang Trofi, Barcelona Pecat Xavi

Pegawai Penguat Kuasa PBT Minta Rasuah RM12,000 Ditahan SPRM

25/05/2024
0

PUTRAJAYA - Seorang pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan pada Jumaat disyaki terlibat dalam kes rasuah bernilai RM12,000....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd