• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Singapura Setuju Tubuh Koridor Pasaran Bursa

oleh AK-47
07/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Malaysia dan Singapura bersetuju untuk mewujudkan koridor pasaran bagi menghubungkan kedua-dua negara, di samping pautan dagangan antara bursa saham masing-masing untuk meningkatkan lagi faedah yang diraih bersama dan memanfaatkan potensi ekonomi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata “Hubungan Malaysia-Singapura” ini akan menyediakan akses yang mudah dan lancar kepada kedua-dua pelabur dari kedua-dua negara ke pasaran antara satu sama lain dengan gabungan permodalan lebih daripada US$1.2 trilion dan 1,600 syarikat senaraian awam.

Penubuhan koridor pasaran itu adalah susulan daripada perbincangan beliau dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loon, kata Najib dalam ucap tamanya pada Simposium Pasaran Modal Dunia Ke-5 2018, di sini, hari ini.

Beliau berkata Malaysia dan Singapura bersetuju yang kedua-dua pasaran telah mencapai paras kecanggihan dan tahap kematangan yang mencukupi bagi menubuhkan koridor pasaran itu.

Susulan keputusan itu, satu pelan kawal selia akan dirangka oleh pihak berkuasa relevan kedua-dua negara, untuk membuka jalan bagi mewujudkan pautan dagangan.

Najib berkata inisiatif itu akan meluaskan lagi pilihan pelaburan bagi pelabur dan menyumbang kepada aktiviti yang lebih rancak dalam kedua-dua pasaran.

“Malaysia berfungsi sebagai pintu masuk ke ASEAN dan sebaik sahaja Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau dimuktamadkan, hampir 50 peratus daripada penduduk dunia dan lebih 30 peratus keluaran dalam negara kasar global, akan dirangkumi.

“Kita juga dijadualkan memeterai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik, pengganti kepada Perkongsian Trans-Pasifik pada Mac ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata pembaharuan dan pengurusan ekonomi Malaysia telah dipuji oleh banyak badan dunia seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Pertubuhan Bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.

“Bank Dunia mengatakan yang kita dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan mereka menyatakan yang, saya petik, ‘Ekonomi Malaysia kini sedang berkembang daripada kedudukan kukuh’,” katanya.

Najib berkata kerajaan komited memastikan perniagaan dan institusi bukan hanya menyediakan nilai bagi pemegang kepentingan mereka dan masyarakat di mana mereka beroperasi, tetapi juga mematuhi standard tertinggi tadbir urus, yang sesuai dengan Malaysia.

Simposium itu yang bertemakan ‘Renaissance of Capitalism: Markets for Growth’ anjuran Suruhanjaya Sekuriti selama dua hari bermula hari ini, adalah untuk menilai model dan hubungan global yang menyokong pertumbuhan bagi abad ke-20. – BERNAMA

Tags: ASEANNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd