• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Giliran Muslimat PAS Pula Pertikai Dr Wan Azizah

oleh AK-47
12/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kredibiliti Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Gambar)  untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru terus dipertikai kali ini oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan pula.

Beliau, Dr Rosni Adam mula mempersoalkan kebolehan Dr Wan Azizah sejak isteri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilantik sebagai Ketua Pembangkang selepas Pilihan Raya Umum 2008 lagi.

Menurut Dr Rosni, PAS pada masa itu menyokong Dr Wan Azizah dan tidak timbul isu gender tetapi isteri Anwar itu dilihat hanya mampu bertahan selama kurang enam bulan sebelum meletakkan jawatan pada 28 Ogos tahun yang sama.

“Apa jua alasan beliau ketika itu, rakyat telah hilang kepercayaan dan tidak dapat melihat keseriusan beliau sebagai pemimpin dan ahli politik dalam melaksanakan amanah pengundi yang mengundi beliau enam bulan sebelumnya,” katanya.

Sebelum ini, dua pemimpin senior dalam PAS iaitu Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am Datuk Haron Din sudah menolak pencalonan Dr Wan Azizah kerana isu kelayakan beliau.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Rosni juga membangkitkan prestasi Dr Wan Azizah selepas terpilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pada awal tahun ini.

“PAS khuatir jika prestasi sedemikian diteruskan, dan rakyat akan terus mempertikaikan kemampuan Pakatan Rakyat (PR) melahirkan wakil rakyat dan Menteri Besar yang berkaliber,” katanya lagi.

Rosni juga mendakwa PKR tidak pernah membuka ruang kepada pemimpin PAS membahaskan setiap calon yang ingin dicadangkan sebagai menteri besar sebelum ia diputuskan sebelum ini.

Beliau juga berkata, sayap wanita ketiga-tiga parti dalam PR harus berbincang mencari penyelesaian dan mengelakkan sengketa dengan istana dan bukan saling mengkritik dan “memfitnah”.

Kenyataan Rosni itu dikeluarkan sebagai reaksi terhadap dakwaan Wanita DAP bahawa perangai Hadi dalam isu itu memecah belahkan PAS dan Pakatan Rakyat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Tags: Krisis MB SelangorPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd