• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sah Bertanding Di Permatang Pauh

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMATANG PAUH – PAS mengesahkan akan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perkara itu diumumkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu ceramah di Kampung Kubang Semang, di sini, malam tadi.

Abdul Hadi berkata, kerusi parlimen itu dimiliki PAS pada Pilihan Raya Umum 1978 menerusi wakilnya, Zabidi Ali.

“Ketika itu, kita tidak menang banyak kerusi di Kelantan , begitu juga di Terengganu. Namun, kita menang di Permatang Pauh. Ini adalah kerusi PAS dan kita mesti mendapatkannya semula,” katanya.

Selain kerusi parlimen Permatang Pauh, PAS juga dikatakan akan meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir.

Kerusi parlimen Permatang Pauh kini wakili oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang memenanginya menerusi pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan pada Mei 2015 berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

PAS bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh sejak 1969 sebelum menyerahkan kerusi itu kepada PKR pada pilihan raya tahun 1999. Anwar mewakili parlimen itu sejak 1982 atas tiket UMNO.

Pada 1999, Anwar tidak bertanding, namum, isterinya Wan Azizah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh hingga 2008, sebelum mengosongkannya pada 2009 untuk memberi peluang kepada suaminya kembali menjadi ahli parlimen kawasan itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof, berkata PAS sudah memuktamadkan calon yang akan bertanding di kerusi parlimen itu.

Beliau enggan mendedahkan butiran calon itu, namun mengesahkan calon itu berasal dari Pulau Pinang dan antara pemimpin PAS negeri.

PAS juga, katanya, sudah menyenarai pendek 20 nama untuk bertanding kerusi DUN Pulau Pinang pada pilihan raya umum kelak. – BH ONLINE

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd