• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Pahang Tumpu Isu Rakyat Bendung Rasuah

oleh AK-47
05/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang akan terus memfokuskan kepada beberapa isu yang dekat di hati rakyat dalam usaha membendung gejala rasuah.

Pengarah SPRM Pahang, Datuk Azmi Kamaruzaman, berkata antara isu dikenal pasti adalah perlombongan bauksit haram secara berleluasa berikutan ketirisan dalam beberapa jabatan kerajaan sehingga kerajaan terpaksa mengenakan moratorium untuk aktiviti itu.

“Banyak isu dekat di hati rakyat negeri ini bukan hanya berkenaan bauksit sahaja, tetapi banyak lagi isu lain…kita akan lihat pelbagai perkara dalam hal ini supaya hak rakyat dapat dikembalikan.

“Itu fokus kita pada tahun ini selaras dengan arahan pucuk pimpinan SPRM,” katanya kepada pemberita pada majlis serah tugas jawatan Pengarah SPRM Pahang yang disaksikan Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya di sini, hari ini.

Azmi yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan SPRM menggantikan Datuk Alias Salim yang dilantik sebagai Pengarah SPRM Selangor.

Azmi berkata, pihaknya tahu media adalah pihak sentiasa berada di lapangan dan mendengar keluhan rakyat yang boleh dikongsikan dengan SPRM Pahang untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Azmi yang memulakan tugas rasminya pada 15 Jan lepas, berkata setakat ini sebanyak 68 agensi dan jabatan kerajaan telahpun menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan pihaknya menyasarkan 50 agensi kerajaan di negeri ini yang belum menandatanganinya.

Selain itu sebanyak 12,000 anggota masyarakat terdiri daripada penjawat awam, orang perseorangan dan NGO juga telah berdaftar sebagai ahli Gerakan Revolusi Anti Rasuah di peringkat negeri Pahang sejak dilancarkan 1 Ogos lalu. – BERNAMA

Tags: Datuk Azmi KamaruzamanSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd