• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Terima Deposit RM16 Juta, Menyamar ‘Datuk’

oleh AK-47
05/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat pertuduhan menerima deposit lebih RM16 juta tanpa lesen sah dan menipu dengan menyamar sebagai Datuk, empat tahun lalu.

Kok Chee Boon, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Mabel S. Muttiah.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa telah menerima deposit daripada orang awam berjumlah RM16,209,600 tanpa suatu lesen sah yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa telah menipu Lee King Loong, 30, dengan cara menyamar sebagai “Dato’ Dave Kok Chee Boon” sedangkan gelaran Datuk itu belum dikurniakan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara April 2014 dan November 2015 di No 12A, Jalan PJU 3/45, Sunway Damansara Technology Park dan UOB Bank, Kota Damansara serta Hong Leong Bank Perdana The Place, Damansara Perdana, di sini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Unit Jenayah Komersial dan Siber, Hafizatul Ifa Ab Razak tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.

“Namun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, saya mohon syarat-syarat tambahan seperti penyerahan pasport ke mahkamah dan melaporkan diri ke Balai Polis Kota Damansara sehingga kes selesai,” katanya.

Tertuduh yang diwakili peguam S. Subramaniam memohon anak guamnya dibenarkan diikat jamin atas alasan dia menanggung kedua ibu bapa yang sudah tua serta adik perempuan yang berusia 25 tahun.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM55,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan menyerahkan pasport ke mahkamah dan melaporkan diri ke Balai Polis Kota Damansara sehingga kes selesai serta menetapkan 12 Mac untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: menyamar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd