• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Edar Dadah Di Kawasan Seremban Tumpas

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis menahan tujuh lelaki dan tiga wanita tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM20,500 dalam Ops Khas di kawasan Senawang, Bandar Sri Sendayan dan Mambau di sini pada Rabu dan Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt Mohd Faisal Yahya berkata dalam operasi dijalankan bermula 10 malam hingga 6.13 pagi itu hasil maklumat dan risikan dilakukan, polis menyerbu dua rumah dan menahan sebuah kereta.

“Seramai tujuh lelaki dan tiga wanita berusia 23 hingga 46 tahun disyaki pengedar dadah ditahan. Mereka ini merupakan pengedar yang aktif di kawasan Seremban. Hasil pemeriksaan, polis merampas pelbagai jenis dadah iaitu syabu seberat 173 gram, heroin (163.7 gram), 190 biji pil Eramin 5 (55 gram) dan ketamin (4.5 gram) dianggarkan bernilai RM20,500,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya susulan penahanan itu, pihaknya turut menyita tiga kereta, barang kemas dan wang tunai milik suspek berjumlah lebih RM77,000.

Katanya ujian saringan air kencing mendapati ada antara suspek positif dadah, malah turut mempunyai rekod jenayah lampau.

“Semua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Edar Dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd