• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40KM ‘Menapak’ Demi Isteri Tercinta

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEMI cinta, lautan api sanggup ku redah.

Perumpamaan itu juga menggambarkan kesanggupan seorang pekerja migran di China yang sanggup menempuh ‘onak duri’ demi cintanya terhadap si isteri.

Zhao Fangzi, 60, berjalan sejauh 40 kilometer dalam cuaca sejuk dan meredah salji tebal untuk pulang ke kampung halamannya di Mengjin, wilayah Henan.

Buruh binaan itu perlu memilih sama ada mengambil teksi atau berjalan kaki untuk pulang ke kampungnya selepas terminal bas ditutup susulan ribut salji yang melanda Shanghai sejak minggu lalu.

Warga emas itu anehnya memilih untuk berjalan kaki, daripada terpaksa membayar tambang teksi kira-kira 200 yuan (RM122).

Malah lebih hebat lagi, dia melakukannya dengan menggendong semua barang miliknya termasuk kipas elektrik dan gebar selesa.

“Tak adalah sejuk sangat. Lagi lama saya berjalan, semakin hangat saya rasa,” katanya.

Bagi Zhao, dengan gaji hanya 2,000 yuan (kira-kira RM1,230) sebulan, dia tidak mampu untuk membelanjakan wang sewenang-wenangnya.

Jadi secara tidak langsung Zhao dapat berjimat untuk menghadiahkan isterinya pakaian baharu.

“Saya mahu menggunakan wang yang ada untuk membeli pakaian baharu untuk isteri saya,” katanya.

Cuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina adalah peluang bagi pekerja imigran sepertinya untuk meluangkan masa bersama keluarga.

“Mungkin juga saya akan bersara selepas ini, saya sudah tua,” tambahnya lagi.

Kisah Zhou mendapat simpati netizen di media sosial yang rata-rata menyatakan sokongan buatnya.

“Dia berjalan sejauh 40 kilometer demi menjimatkan wang untuk membelikan isterinya pakaian baharu, itulah tanda cinta sejati,” tulis seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ChinaTahun baharu Cina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd