• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program E-Learning Beri Pendidikan Berkualiti

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor menerusi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) hari ini melancarkan program e-Learning Johor, yang menawarkan pembelajaran menerusi laman sesawang yang boleh diakses pada bila-bila masa seperti telefon bimbit dan komputer riba.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata e-Learning Johor yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang (YPG) dibangunkan dengan peruntukan RM300,000.

“Pendidikan merupakan iltizam dan komitmen kerajaan negeri. e-Learning Johor dibangunkan bagi mengubah cara pendekatan belajar selain semua pelajar berpeluang mendapatkan pendidikan berkualiti pada bila-bila masa dan di mana jua,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di sini, hari ini.

Buat permulaan, seramai 25,000 pelajar disasarkan menyertai e-Learning Johor dengan sebahagian kos langganan pakej pembelajaran digital itu ditanggung oleh YPJ dan YPG manakala bakinya oleh ibu bapa.

Beliau berkata pakej pembelajaran digital itu ditawarkan dengan bayaran hanya RM1 sebulan atau RM10 bagi pakej setahun dengan keutamaan permohonan diberikan kepada murid Tahun Enam, pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima yang bersekolah di negeri ini.

Setakat ini, seramai 3,000 pelajar sudah menyertai e-Learning Johor, katanya sambil memberitahu bahawa sukatan pelajaran e-Learning Johor adalah mengikut Kementerian Pelajaran.

Beliau berkata e-Learning Johor turut diberikan hak untuk menerbitkan semula kertas-kertas peperiksaan sebenar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari 1993 hingga sekarang oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata tahun ini, kerajaan negeri Johor meneruskan pemberian Biasiswa Kenangan Dato’ Onn kepada 1,400 pelajar cemerlang dari keluarga kurang berkemampuan. Biasiswa sebanyak RM600 setahun itu diberikan mulai pelajar itu menduduki Tingkatan Satu hingga tamat persekolahan di Tingkatan Lima.

“Kita mahu rakyat tahu bahawa kerajaan negeri mewujudkan bantuan biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam pelajaran. Walaupun kos hidup masyarakat tinggi, namun, tiada alasan pelajar tidak berpeluang mendapatkan akses pendidikan berkualiti kerana kerajaan sentiasa memberi bantuan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordinpembelajaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Tegur Norway, Tuntut Penyelesaian Isu Peluru Berpandu NSM

Malaysia Tegur Norway, Tuntut Penyelesaian Isu Peluru Berpandu NSM

31/05/2026
0

SINGAPURA – Malaysia menyampaikan pendirian tegas kepada Norway berhubung pembatalan lesen eksport sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) yang...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd