• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Nilai Sendiri Pembangkang Rebut Kerusi

oleh Ahmad Albab
03/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata rakyat sepatutnya sudah boleh menilai kewibawaan parti pembangkang yang masih bergelut memuktamadkan isu pengagihan kerusi di Terengganu bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU).

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata rakyat perlu sedar dengan perkembangan ini memandangkan pembangkang masih bertelagah sesama sendiri berhubung soal kerusi sedangkan mereka masih belum memegang tampuk negeri.

“Inilah yang rakyat perlu sedar di mana belum pun apa-apa lagi, mereka bertelagah sesama sendiri. Jadi saya harap rakyat dapat membuat penilaian dengan gelagat mereka itu,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan karnival tentera bersama rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di sini yang turut dihadiri Panglima Briged ke-8 Infantri Brig Jeneral Datuk Nazari Abd Hadi dan Pegawai Daerah Kuala Nerus Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil.

Tambah Ahmad Razif, setakat ini hanya Barisan Nasional (BN) yang berjaya membuktikan kesefahaman dan kesungguhan dalam membantu rakyat serta membangunkan negara.

“Apa yang penting kita mahu buat persiapan rapi untuk memastikan BN memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih 2/3 pada PRU14. Soal senarai calon BN pada PRU itu, ia terserah kepada Perdana Menteri dan saya difahamkan Perdana Menteri telah membuat penilaian terakhir.

“Kita tunggu dan lihatlah senarai calon-calon BN yang akan diumumkan nanti,” kata Ahmad Razif.

Sementara itu, lebih 10,000 orang menghadiri karnival berkenaan untuk melihat sendiri peralatan serta kenderaan yang digunakan anggota tentera.

Orang ramai turut berpeluang mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah dalam program Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di kawasan yang sama.

Menurut Ahmad Razif, dengan perkembangan dan sambutan orang ramai, kerajaan negeri bersedia untuk melaksanakannya setiap tahun dan turut melibatkan daerah lain bagi menonjolkan kerjasama antara tentera dan rakyat. – BERNAMA

Tags: pembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd